Sunday, September 19, 2010

kaf 40



Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya”, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.
Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.
Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).
Matan hizib kaf 40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.
Kaifiat Amalan
Amalan sebagai Wirid
Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu.
Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat
Kaifiatnya seperti berikut :
Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.
Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.
Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa beramal.
Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.
Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)
Memasang bau-bauan yang wangi.
Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.
Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat Puluh
Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti berikut :
(1) Menyerang musuh.
Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan tangga dan dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan kancingkan gigi. Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan itu tadi. Maka teruskanlah berjalan. Insya-Allah terpelihara daripada musuh seteru.
(2) Membutakan mata musuh
Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan hembuskan pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah musuh. Insya-Allah musuh tidak akan dapat melihat kita.
(3) Musuh berlawan sama sendiri.
Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan berlaga sesama sendiri.
(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.
(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.
Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan turunlah bisa-bisa itu.
(6) Perempuan lekat uri.
Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini sebanyak sembilan kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak tanak. Kemudian diberi minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu. Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.
(7) Memperbanyakkan air susu.
Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air kemudian sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan bertambah banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus dan diberi makan kepada perempuan yang bersalin itu, maka susunya akan bertambah.
(8) Menghalau pelesit.
Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada lada hitam yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di sebelah atas dan di sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-Allah akan keluar.
(9) Menahan darah.
Barangsiapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan berhenti insya-Allah taala.
(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.
Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa, samaada yang di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera dan serta merta selepas disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan hilang dengan segera. Molek juga dibaca pada air garam dan disapu pada tempat itu.
(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.
Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam perlindungan Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau dibaca kaf ini di tempat yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai orang yang keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam pelayaran di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang layar. Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf empat puluh ini.
(12) Sakit mata.
Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh pagi. Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit itu. Insya-Allah akan segera sembuh
(13) Terkena lintasan atau sawan.
Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada kanak-kanak yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah selamat.
(14) Penawar demam.
Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang demam. Insya-Allah akan segera sembuh.
(15) Kuat Badan.
Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian disuhud atau tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini tidak boleh dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana takut kepanasan.
(16) Tuju demam kura.
Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah, selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya. Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulaskan. Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi insya-Allah sembuh.
(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.
Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ’ala kursiyyihi jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang yang hendak ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada gangguan dan kejahatan mereka.
(18) Sakit pinggang
Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada tempat syaja’nya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan, manakala tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang sejatuh atau serentak dengan perkataan kaf itu. Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.
(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk tetamu yang ramai.
(20) Menjinakkan binatang liar.
Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar, insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak. InsyaAllah susunya akan menjadi.
(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.
(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis :
a. Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).
b. Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).
c. Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).
a. Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40 termasuk di dalam kategori ini.
b. Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian oleh guru atau amalan wirid dan riadah
c. Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat. Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahua’lam.
(23) Pelembut Besi
Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit-micit besi itu. Jikalau besi itu jadi lembut seperti kita memicit batang lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah berhasil dan menjadi.
(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah berkat ikhtiar.
(25) Meredakan ribut dan ombak besar.
Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.
(26) Hendak Masuk Hutan.
Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum masuk. Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.
(27) Perang Sabil .
Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat pulang dan pergi. Insya-Allah.
(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia atau binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan.
Versi kedua kaf 40
Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan kafnya 55, berikut adalah matannya :
كفاك ربك كم يكفك وكفة
كفكافها ككمين كنا من كلك
تكر كرا ككر الكر في كبيد
تهك مشكشكة كلك لك الكلك
كفاك مبي كفا الكفي كربتهم
يا كوكبا كنا يهكي كوكب الفلك (ك 40)
ككر يرة كفكم كالكهف فكم لكم
ككأ كائن كبيد يكفي كم الكاف (ك 55)
“ Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan
kifka fuha kakaminin kana min kalakin
takirru karran kakarril karri fi kibidin
tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak
kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -(kaf40)
kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom
kaka’ ka i’n kibidin yakfi kumul kaf ” -(kaf 50).
Penutup
Alhamdulillahi hamdan katsiran. Wahai saudara-saudaraku. Apabila amalan hizbul kaf ini telah sebati dan jazam dalam diri kita, maka ia akan menjadi doa 1001 guna mengikut niat kita insya-Allah.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلي آله وصحبه وسلم
والحمدلله رب العالمين

Sunday, September 12, 2010

BAJU ANTOKUSUMO
















FAEDAH
1.       Insya Allah  selamat dari segala musibah
2.       Insya Allah  selamat dari fitnah orang2 zalim
3.       Insya Allah  selamat dari sasaran seteru
4.       Insya Allah  akan disegani dan di muliakan orang
5.       Insya Allah  akan memperoleh kepercayaan dari pihak atasan
6.       Insya Allah  segala hajatnya akan tercapai
7.       Insya Allah  akan unggul dalam segala perkara
8.       Insya Allah  akan mempermudah dalam mencari  rezeki
9.       Insya Allah  selamat dari ilmu sihir dan gangguan jin/syaitan
10.   Insya Allah  bila wanita yg memakai, yg belum kawin akan segera mendapat jodoh
11.   Insya Allah  dijauhkan dari bahaya pencuri, kebakarfan dan lain-lain.
12.   Dan banyak lagi faedah-faedah yang  belum di sebutkan .

LARANGAN-LARANGANNYA:
1.       Tidak boleh sombong dan takabur
2.       Hindari dari perbuatan yang mendatangkan dosa besar
3.       Jangan membuat kekacauan  terhadap masyarak
4.       Dilarang memberikan ancaman terhadap sesiapa pun juga
5.       selama memakai  baju ini, jauhilah dari segala najis
KUNCI SERBA GUNA
Dimaksudkan dapat menghadiri:
Pancak silat, bela diri dan bentuk seni silat dengan sara seperti berikut:

1.       Allahu Akbar 3x dan ucapkan: Ya Allah aku minta barokah dan karomahnya Azimat ini,
hadir-hadir-hadir.
Kemudian  tarik nafas perlahan-lahan, dada dan  kedua tangan tegangkan, serta dlm hati niat minta jurus yang dikehendaki…………………………………………………

2.       Sesudahnya baca istighfar 3x kemudian tiupkan pada kedua telapak tangan 3x, selanjutnya usapkan pada wajah sampai dada (sekali tiup sekali usap)

Hijau (RM300) dan Hitam (RM250) 
* Tidak termasuk Pos (Semenanjung RM6 & Sabah Sarawak RM10






Sunday, September 5, 2010

KERIS BUGIS DI MAHARKAN RM1100

Keris Lok 7
pamor basah bercorak
ukuran panjang 12 inci tidak termasuk hulu..
sesiapa yg berminat untuk menebusnya...
sila hubungi saya..







KERIS BUGIS LAMA DIMAHARKAN RM1100 (SOLD)

Keris Lok 7
Pamor air emas
ukuran panjang 13 setengah inci
keadaan fizikal lama...ada sedikit tanda-tanda ditelan zaman 
tapi masih lagi utuh..
hendak dimaharkan RM1700











Keris Malela Pusaran di Maharkan RM1100

Keadaan fizikal masih lagi utuh....
Sarung dan hulu diperbuat daripada kayu kemuning...
 Ukuran keris 16 inci tidak termasuk hulu
sesiapa yang berminat untuk menebusnya..
bolehlah menghubungi saya...






ayat 4




1.Setiap wirid dibaca 2000X kecuali [يا ذا الجلال والإكرام] hendaklah diwiridkan lebih dari 2000X kali.
2. Semasa berwirid hendaklah di tempat yang jauh dari org ramai dan berpuasa selama 7 hari mulai hari Ahad.

3. Amalkan sehingga mendapat hikmat kalau tidak ia mendapat hikmat hendaklah dimulai dari aal sampailah mendapat hikmat. Setiap yang berkehendak pasti akan dapat dengan izin Allah.

4. Hikmatnya bermaksud mendapat tanda-tanda bahawa amalannya diijab kabul oleh Allah. Antaranya melihat rupa singa berkepala manusia tersurat padanya surah al-Fatihah di kepalanya, surah Yasin di tubuhnya atau datang padanya Rasulullah menyurat padanya yakni memberi wejangan padanya samada berupa amalan atau kata-kata dan ianya adalah pakaian utama bagi para hulubalang.


5. Tanda-tanda ini hanyalah berupa pengalaman-pengalaman dari orang yang mengamalnya dan ianya berbeza pada setiap orang. Dalam menghadapi peperangan yang menuntut umat Islam bangkit melawan musuh sebagaimana zaman darurat melawan pengganas komunis ada beberapa amalan yang masih wujud hingga ke hari ini.


Amalan sedemikian adalah jalan menuntut keredhaan Ilahi yang dibawa oleh alim ulama zaman bahari (dahulu) bagaimana kekuatan jasmani sahaja tidak memadai melainkan digarap dengan kekuatan rohani.

Kesungguhan untuk mendaptkan pertolongan Allah menuntut setiap pengamalnya sedia melakukan beberapa amalan para solihin selain mentaati perintah yang fardu dan meninggalkan perkara yang dilarang (haram).

Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi musuh durjana ayng menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam. Selain itu ada beberapa zikir dan doa yang baik untuk di praktikkan bagi memperkukuhkan kekuatan yang dipohon kehadrat Allah SWT.

Dari ayat empat tadi terdapat kekuatan hikmah dan doa permohonan kita kepada Allah Ta’ala agar kita diberi kekuatan dan perlindungan. Malah, musuh yang melihat pengamalnya pasti akan gerun, kaku dan dengan izin Allah boleh dikalahkan.

Zikir membawa erti ingat akan Allah. Apakala kita ingat padaNYA, maka DIA ingat pada kita. Maknanya ada penyerahan diri kepada Allah dalam zikir dan permintaan kita melalui doa agar kita di lindungi membawa suatu keyakinan yang mutlak dalam ilmu Banjar ini.

Apakala sudah di lindungi Allah tiada apa lagi kainat yang dapat membinasakan kita melainkan Allah. Maka Ayat 4 sebaiknya di amalkan sebagai zikirullah dan wajar diamalkan sebaik-baiknya tanp sekali-kali melakukan perkara yang mungkar dan maksiat.

Bagi mengelakkan daripada panas baran kepada pengamalnya, malah memberikan ketenangan hati dan keyakinan bahawasanyan Allah berdiri dengan sendiriNYA. Tiada kuasa yang lebih kuat selain Allah. Kainat tiada memberi bekas. Maka jatuh pada tilikan hakikat kita bahawasanya sekelian yang baharu lemah seperti air dan kainat tidak akan memberi bekas. Nota: Kainat adalah sesuatu yang bergerak bernyawa dan sesuatu apa jua yang hendak membinasakan kita.

Iringi setiap kali amalan ini dilakukan dengan membaca Selawat Sifa” 11 kali setiap kali lepas solat fardu agar terhindar daripada panas baran dan banyakkan beristighfar.

Kepada Allah yang maha mengetahui dan penyerahan hakiki diri kita yang sebenar-benar diri. Antara kita dan DIA tiada bersekutu dan tiada bercerai. Umpama mata hitam dan mata putih. Jika bersekutu kita binasa. Jika bercerai pun kita binasa. Allah Maha Kaya sedangkan kita hamba yang lemah dan tiada daya-upaya jika tanpaNYA. Buat generasi muda, usah gentar usah ragu. Belajarlah, ” Demi Agama, Tanah Air dan Bangsa”.

Sesungguhnya betapa besar ilmu kerahsiaan Allah ini mereka yang pernah mengamalkan tahu fadilat dan kebesaranNYA Allah Yang Maha Agong. Sesungguhnya hanya Dia Maha Mengetahui di atas tiap-tiap sesuatu, kalau Ia menghendakki maka akan jadilah (Kun Fayakun).


Ingatlah amlan ini sebagai persediaan menghadapi musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memerangi kita yang entah dari mana datangnya. Kalaulah amalan ini tidak wujud masakan pertempuran Angkatan Parang Panjang di Batu Pahat Johor dan Sungai Manek Perak mampu menewaskan pasukan pengganas komunis yang menggunakan pelbagai senjata api.
Kalau ada yang tahu dengan amalan ini dan maklumkanlah di mana adanya guru-guru yang berwibawa untuk menerangkan selanjutnya.

Anak-anak muda jika berminat dengan amalan ini jangan mendekati perkara yang ditegah dan dilarang oleh Agama Islam. Pelajarilah Ilmu Tauhid sedalam-dalamnya. Parktikkan jalan mulia yang menuju kesucian jiwa melalui amalan yang murni. Patuhi tuntutan syarak dan sentiasa mendekati Allah. Hanya dengan amalan yang baik yang diredahi Allah akan meletakkan diri kita mampu mengalahkan musuh-musuh Islam yang kini menggunakan pelbagi cara untuk mengalahkan Islam.
Jangan takbur dan ego apabila beramal dengan ayat 4 ini. Kukuhkan persaudaran Islam tanpa memperlekehkan sesama sendiri melainkan atas jalan nasihat bagi memperbetulkan keadaan khususnya yang berkaitan akidah.



Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah dalam Al-Quran:
Ayat pertama: Surah Al-Baqarah ayat 246.
Ayat kedua : Surah Ali-Imran ayat 181
Ayat ketiga: Surah An-Nisaa ayat 77.
Ayat keempat: Surah Al-Maidah ayat 27.
Ayat kelima : Surah Ar-Rad ayat 16.

Friday, September 3, 2010

Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH



 “Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.

(6)Keris Jarum Sepucuk @ Kambing Kasang tunggal di Maharkan RM1800

Keris ini berLok 5-(Bangsawan)
pamor air emas..
ukuran 16 inci tidak termasuk hulu.
keadaan fizikal masih lg utuh.
sarung dan hulu telah dibuat baru











(5)Keris Melayu Bugis di MAHARkan RM1100 (SOLD)

Keris ini berLok 9
Pamor gigi yu
ukuran 14 setengah inci
sarung dan hulunya telah dibuat baru
sarung diperbuat dari kayu kemuning..
keadaan fizikal bilahnya masih lagi utuh..



(2)Keris AntiK Bugis di Maharkan RM 1800 (SOLD)

KERIS ini ber lok 7
pamor air sungai & air emas
keadaan fizikal spt sarung, hulu, dan bilahnya
masih lagi utuh dan asli
tidak diubah-ubah
di ceritakan oleh penyerahnyi..
keris ini diturunkan dari 4 generasi lagi..
ukuran 12 setengah inci





Fungsi Subilah keris

Adapun fungsi keras itu sendiri adalah :
1. Sebagai senjata, menurut Lord Abberton of Eaton keris sebagai senjata pertama kali dicipta oleh Panji Inukertapati
2. Keris sebagai benda berharga yang diwariskan
3. Keris sebagai lambang identitas pribadi- sebilah keris erat kaitannya dengan identitas seseorang, lihatlah keris jaka piturun dengan para Sultan di Yogyakarta, keris Kyai Setan Kober dengan Arya Penangsang, keris Kyai Pulanggeni dengan Raden Harjuna, tombak Kyai Baru dengan Ki Ageng Mangir, dan masih banyak lagi tokoh-tokoh negeri ini.
4. Keris sebagai lambang kemapanan hidup> Bagi seorang lelaki masyarakat Jawa, hidupnya dikatakan paripurna/mapan, jika telah memiliki: Wisma/rumah, Wanita/isteri, Turangga/kendaraan, Kukila/hewan piaraan, dan Curiga/keris.
5. Keris sebagai lambang status sosial- Ini tergambar dari ukiran-tangkai keris yang mempunyai wanda/profil, misalnya: samba keplayu, maraseba, mangkurat, yudawinatan, longok, pakubuwanan, pakucumbring dan lainnya, dimana profil tersebut disesuaikan dengan kepribadian dan kedudukan sosial sang pemakai. Begitu pula dari warna pendok kemalon: merah untuk para sentana-minimal para bupati, hijau untuk para mantri, coklat untuk para bekel, hitam untuk para abdi dalem tingkat biasa (mohon dibaiki jika pendapat ini keliru)
6. Keris sebagai tanda jasa/satya lencana- Dalam dunia perkerisan, kita mengenal keris berganja kinatah gajah singa, keris ini merupakan satya lencana yang diberikan kepada para perwira/prajurit Mataram yang telah berjasa menumpas pemberontakan kadipaten pati atas kerajaan Mataram (Sultan Agung).
7. Keris sebagai atribut duta- Sewaktu resepsi pernikahan Pangeran Bernard dengan Putri Juliana dari negeri Belanda, Raja Paku Buwana X (Surakarta) mengutus puteranya G.P.H Suryohamidjojo agar menghadiri resepsi tersebut, maka sang putera diberi izin memakai keris Kanjeng Kyai Pakumpulan.
8. Keris sebagai lambang persahabatan> Pada zaman dahulu, tanda mata yang paling tinggi martabatnya adalah keris, ini dibuktikan dengan istilah “kancing gelung” atau “cundhuk ukel” yaitu pemberian sebilah keris lengkap dari orang tua kepada anak perempuannya yang baru saja menikah, yang pada akhirnya tanggung jawab pemeliharaan keris tersebut dipegang menantu lelaki.
9. Keris sebagai falsafah- Bentuk dhapur dan corak pamor yang beraneka ragam memiliki nilai falsafah, dhapur brojol= penggapaian cita-cita, pamor pedaringan kebak= harapan sukses akan material, dan lain sebagainya.
10. Keris sebagai medium sengkalan(chronogram)- Terkenal istilah sirna ilang kertaning bumi (sirna=0, ilang=0, kerta=4, bumi=1), sengkalan tersebut menggambarkan tahun 1400 saka, begitupula ganja berkinatah gajah singa= gajah singa keris siji= berarti tahun 1558 saka, tahun runtuhnya kadipaten Pati oleh prajurit Mataram.
10. Keris sebagai pelengkap busana- Ini sering dijumpai pada saat resepsi pernikahan umpamanya, sehingga kita dengar istilah disengkelit, dianggar dan lainnya yang kesemuanya ditentukan oleh macam upacara.
11. Keris sebagai medium- Medium=perantara, Keris pusaka dianggap mempunyai kekuatan untuk memperlancar komunikasi dua arah antara alam nyata dengan alam ghaib, fungsi inilah sampai kapanpun akan dianggap paling menarik untuk diperbincangkan.
12. Keris sebagai dekorasi- Umumnya keris yang ditempel ditembok atau media lainnya adalah hanya keris semacam souvenir tanpa kandungan aura/yoni/isi, karena dianggap kurang etis bila menempatkan keris hanya dari sisi estetika saja.
13. Keris sebagai estetika saja.
14. Keris sebagai benda koleksi- Biasanya, bagi para keluarga yang mempunyai banyak keris dari hasil warisan, maka mereka sebagian besar hanya memandang dari keindahan luarnya saja tanpa menghiraukan aspek spiritualnya. Ini berarti sering diantara mereka memperjualbelikan keris pusaka sebagaimana benda koleksi yang lain.
15. Keris sebagai obyek hobby> Kalangan yang menempatkan keris sebagai hobby adalah mereka yang mengumpulkan banyak keris pusaka hanya untuk pemuasan hati semata, tanpa menghiraukan baik tidaknya sebuah pusaka.
16. Keris sebagai sipat kandel / piandel> Sipat kandel adalah: suatu sarana yang membuat pemiliknya lebih percaya diri untuk meraih nasib baik, terlindung, selamat dan maksud lain yang sejenis. Kalangan pecinta keris pusaka semacam ini menjadikannya sebagai “jimat”. Contoh konkretnya adalah keris Jendral Sudirman, Keris Bung Tomo, Keris Bung Karno, serta nama-nama besar lain negeri ini, disamping para beliau adalah para bijak cendekia namun ada sesuatu yang diharapkan dari keris pusaka, terutama pada saat kritis, hal tersebut adalah hal yang wajar sebagaimana kita membutuhkan sesuatu harus menggunakan alat-alat tertentu untuk mempermudah kerja usaha kita.
17. Demikianlah huraian singkat saya tentang fungsi sebilah keris pusaka yang bisa diketengahkan, besar kiranya harapan saya ntuk menerima teguran dan kritik dari para pemerhati keris pusaka demi pertahankan warisan nenek moyang yang bernilai tinggi kepada para generasi muda penerus bangsa.

Sumber: dipetik dari pencinta keris pusaka
Keris sebetulnya bukanlah monopoli suku Jawa. Selain oleh suku Jawa keris juga banyak digunakan oleh suku lainnya semisal Palembang bahkan pula digunakan oleh bangsa lain seperti di Malaysia, Brunei, dan Filipina. Keris yang digunakan oleh setiap suku bangsa itu tidaklah sama melainkan memiliki ciri khas dan karakter sendiri. Adapun keris yang digunakan suku Jawa setidaknya tersusun dari :
1. Keris minimal terdiri dari 2 bagian : bilah keris yang melambangkan lingga dan ganja yang melambangkan yoni. Lingga dan Yoni dalam falsafah Jawa merupakan lambang kesuburan dan kelestarian.
2. Bilah keris harus selalu condong dan membentuk sudut tertentu terhadap ganja yang melambangkan semakin berisi harus semakin merunduk.
3. Panjang bilah keris antara 33-38 cm, keris luar Jawa bisa mencapai 58 cm bahkan di Filipina bisa mencapai 64 cm.
4. Terbuat harus dari 3 logam yaitu baja, besi, dan pamor atau minimal baja dengan besi. Keris yang dibuat dari bahan selain keduanya tidak digolongkan keris.

KERIS


Keris adalah senjata khas...Berdasarkan maklumat-maklumat purbakala.keris dalam bentuk awal telah digunakan sejak abad ke-9 lagi, tetapi berkemungkinan telah digunakan sebelum masa tersebut lagi.Penggunaan Keris telah tersebar di masyarakat rumpun melayu. Pada masa sekarang, umum dikenal di daerah Indonesia (terutama di daerah Jawa, Madura, Sumatra ,sebahagian kalimantan, sebahagian sulawesi), Malaysia, Brunei, thailang, dan filipina (khusus di daerah Mindanao). Di mindanao, bentuk senjata yang juga disebut keris tidak banyak memiliki kemiripan meskipun juga merupakan senjata tikam.

Keris memiliki berbagai macam bentuk, misalnya ada yang bilahnya berlot (bilangan ganjil) dan ada pula yang berbilah lurus. Orang Jawa menganggap perbezaan bentuk ini memiliki efek esoteri yang berbeza.
Selain digunakan sebagai senjata, keris juga sering dianggap memiliki kekuatan supranatural.  Senjata ini sering disebut-sebut dalam berbagai legenda tradisional, seperti keris Mpu Gandring dalam legenda Ken Arok dan Ken Dedas.

Tata cara penggunaan keris adalah berbeza disetiap daerah. Di daerahJawa dan Sunda misalnya, keris ditempatkan di pinggang bagian belakang pada masa damai tetapi ditempatkan di depan pada masa perang. Sementara itu, di Sumatra, Kalimantan, Malaysia, Brunei dan Filipina, keris ditempatkan di depan.